Wednesday, 28 June 2017

Raya dan Ros.

Views
Hai.

Selamat hari raya gais. 

Alhamdulillah dah raya pun. syahdu rasa nak tinggalkan ramadhan... Hm. Time exam hari tu mana nak sempat typing blog ni. sekarang jelah ade masa sat lagi minggu depan dah kena pergi seremban gi menjalani katanya rancangan orentasi sekolah(ros) kat sekolah area sana. macam2 kena buat tau, okay yang ni kena buat betul2 lah. doakan diri ini ye.  Baru nak mintak belaian kasih sayang seorang ibu dihari yang mulia ni dah kena berkorban masa dua minggu. Huhai, sabar lah hati ye fadhila oi. 

Nak cerita pasal time final hari tu, sem ni aku ade 5 paper je. tapi dia punya paper banyak yang jenis membunuh result tau dak? Matilanak. Aku macam tak biasa pulak jenis study oneday before exam lah kan. Tak kira lah berapa puluh hari gap pun memang sehari sebelum lah baru nak belek buku ke apa. Fdhila ubah pls perangai hang ni. Ade dua tiga orang housemate aku jenis study awal oii, jeles tahap infinity tapi diri sendiri tak mau berpaling tadah dengan sikap dulu kala kata nya. Apa-apa pun alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah.. even kita rasa apa yang kita baca tu tak masuk dalam kepala otak takpe bace je slow2, biar lambat asal faham. jangan paksa diri nak oi, kalau awak tu dah ngantuk , tidur jap. tapi jenis aku ni paling lama boleh tahan sampai pukul 2 pagi je lepas tu memang aku tidur lah sampai nak bangun sahur baru sedar balik. yang paling penting jaga hubungan dengan Allah n orang sekeliling. mintak maaf terutama kat mak ayah & family, kat kawan2 pun jangan lupa ye.  Paling takleh lupa hari last study untuk last paper fuhh memang mencabar, emosi tak stabil langsung. dengan pagi tu hujan, hari mendung lepas tu suasana hening macam nak ajak tidur 2 hari. time nak study pasang radio konon tak nak kasi ngantuk tapi lagu raya pulak yang keluar, alamak aku tahu & faham ada orang bila dengar lagu raya lagi semangat nak ulangkaji sebab teringat nak buat yg terbaik untuk diri sendiri dan keluarga tapi aku punya fikiran terus terbang sampai kat rumah hahahhahah. kelautan lah perginya nak oi. 

Apa-apa pun semoga aku n kawan2 dapat menjalani ROS dengan jayanya dan seterusnya mendapat keputusan yang baik. aamiin, ALL THE BEST BBC kohort 7 dan seluruh warga FPTV yang bakal menjalani ros. aja aja fighting.  :D 



TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI BACA YEE :)

No comments:

 
Rainbow Arch Over Clouds