Kembali.

Assalamualaikum dan hai.

Lama gila tak menaip kat blog ni. Ya, dah lama tinggal kan awak. Sorry.

Aku busy dengan kehidupan sebagai pelajar sepenuh masa, tapi jangan risau still ada masa untuk melaghakan diri jugak. Manusia mana yang 24 jam berkerja betul tak?

Okay nak start dari mana eh? aku cuma ada 5 minit je untuk update blog ni. kahkah.

Hari ni aku dah rasa jauh sangat dah aku move on. busykan diri dengan kerja-kerja yang ada,  kadang teringat jugak kisah lama, tapi cepat-cepat aku cuba lupakan. tapi... makin paksa diri untuk melupakan, makin teringat pulak. HAHAHAHAHHA. aduhai dhila oii. apa kau ni.

"Kita tidak pernah belajar untuk melupakan seseorang dan kenangan manis tentangnya.
Kita hanya mampu belajar membiasakan diri untuk hidup tanpanya.
Menerima, bahawa mungkin yang terbaik adalah merelakan, bukan memaksa diri untuk melupakan.."
Actuallykan bila aku ingat statement ini aku rasa takperlu pun aku paksa diri untuk lupa kenangan tu.. one day semua ni akan luput juga dengan kebahagiaan baru yang bakal  Allah kurniakan untuk aku. cuma aku kena sabar je. Nak sesal pun tak guna. Remember, there is nothing to regrets. Everything from Allah is wisdom.

Doakan yang baik-baik untuk diri sendiri dan dia yang pernah datang singgah di hati adalah yang terbaik aku rasa. takperlu bersedih hati lagi mahupun berdendam. it not worth it. Let it go and move on sayang ku hati. you will be fine and feel better than before.

Kini aku kembali pada yang satu, yang takpernah tinggal aku since aku lahir lagi ataupun lebih tepat dari azali. Allahu ahad. Dia yang satu, yang setia menemani tanpa aku nampak kehadiranNya. Alhamdulillah ya Allah. terima kasih kurniakan aku seorang ibu yang kuat dan selalu bagi sumber semangat even aku tahu dia pun kecewa dengan apa yang dah jadi, terima kasih untuk sebuah keluarga besar yang penyayang. terima kasih hadirkan aku sahabat yang baik yang mendorong aku untuk menapak ke baik dan bukan mengundur ke jahat. Alhamdulillah alhamdulillah. i'm feel better than before. Tiada pilihan lain lagi selain kuat dan move on. Fokus pada keluarga & study je dulu okay. then kerjaya. Jodoh nanti akan datang. Ingat sentiasa... rezeki, ajal, jodoh itu rahsia Dia.. keep calm and study on, setahun setengah je lagi dhila oii, sabaq sat naa. (:

0201am. 15 April 2017.

Comments

Popular posts from this blog

Cintakan ALLAH kekal selamanya :)

Beras Cap SUKA HATI .

ULTRAMAN ~ \(^___________^)/