Perhentian untuk kehidupan kekal.



Apa yang kekal?

kekal ertinya yang abadi untuk selama-lamanya tanpa had masa. kau mengerti?

kenangan tadi menerjah minda. Sewaktu makan malam. Anak saudara aku bertanya.

Arshad : Maksu ! maksu ! apa cita-cita maksu? ( sambil mengunyah sisa makanan yang ada dalam mulutnya)
Amboi selera kanak-kanak seusia itu. aku tersenyum.

Aku: Cita-cita maksu? (tanya aku lagi sekali, dia hanya mengangguk sahaja sambil tersengih.)
 cita-cita maksu nak jadi cikgu masak. - ahhhhh ye ye je lah maksu kamu ni arshad.

Aku tahu cita-cita dia nak jadi ultraman atau bomba. Hhehhee. kanak-kanak dengan dunia fantasi bawaan media semasa. sama macam aku dulu, terlebih tengok cerita kartun dan berangan andaikan aku menjadi seperti itu alangkah indah. Menjadi superheroin. Menjadi kegilaan dan sanjungan manusia.

Tapi...
 sedarlah wahai diri.. semakin meningkat usia, semakin berlalu masa yang makin lama terasa makin pantas berlalu. Tahun demi tahun, bulan demi bulan, minggu demi minggu, jam demi jam, dan saat demi saat.. Ya Allah, pantasnya masa berlalu.. bagaikan terkenang zaman kecilku. Ahhh indahnya, tanpa masalah yang membebankan benak ini, tanpa musuh yang sentiasa iri hati, tanpa ada duka di hati, tanpa memikirkan kos hidup yang seakan mejerat diri. Cita-cita ku dulu nak jadi seorang doktor. Hakikatnya aku tak layak untuk merawat ribuaan manusia yang luka. Aku pernah berhajat untuk menjadi tentera seperti kakak ku, tapi hakikatnya aku tak layak untuk menjaga segala kotaraya. Makin bertambah angka usia aku sedar, cita-cita semua umat manusia yang seagama dengan aku adalah untuk ke SYURGA, untuk bersama-sama berpimpin tangan dengan kaum kerabat, saudara dan yang tersayang ke tempat termahal itu. Itu cita-cita sebenar kita wahai anakku........

Kehidupan dunia ini ibarat perhentian yang lama untuk ke destinasi sebenar kita, samaada jalan yang baik atau sebaliknya itu kita yang pilih. Kita yang susun atur perjalanan itu. Perjalanan yang memerlukan pandu arah dari Allah dan surat-surat cinta-Nya dari al-Quran serta sunnah dari kekasih-Nya. Aduh aduhh.. aku akui aku selalu lemah dan tersungkur dalam perjalanan ini kerana perhentian ini entah bila akan berakhir, apa kesudahan jalan cerita aku. Adakah baik? adakah aibku di jaga? Jika teringatkan dosa-dosa kelam lalu. Aduhai. adakah Allah masih sayangkan aku? Adakah kekasih aku itu masih mengampunkan kecurangan aku!!! aku curang memikirkan hal-hal duniawi. aku lupakan Dia. aku lebih mencintai manusia yang dapatku lihat rupanya melebih Dia yang tidak ku tahu bagaimana keadaannya. Ampuni aku. Aku masih lemah. Terasa ingat berubah tetapi kadangkala langkah ku tersasar lagi.

Aku sedar. Ada masa bila di uji akan rasa yang sangat-sangat payah di mengerti, iaitu " SABAR DALAM BERSABAR". Ya, payah. sabar itu indah namun payah. Bagaimana bibir mampu tersenyum tika hati gundah. Bagaimana mahu kelihatan tabah sedangkan diri sedang hiba. Bagaimana mahu sorokkan kemarahan ketika amarah sedang bermaharajalela dalam diri. Bagaimana mahu buang sikap negative yang bersarang sedangkan perkataan "MALAS" tersemat di fikiran? Bagaimana??? aku sedar segala pertanyaan itu berbalik pada kehendak diri sendiri. samaada kau  NAK atau TAK. samaada kau pilih RAJIN atau MALAS. samaada kau PAKSA diri kau atau MANJA kan diri kau. akuu?? aku masih cuba bertahan dengan segala kehendak aku. kadang tersasar, kadang aku paksa diri  , kadang aku malas , ya Allah lebih tahu. Maka aku mohon moga Allah tuntun langkah aku , keluarga, kesayangan dan seluruh umat islam seupaya tidak tersasar dari landasan agar kami dapat mengejar cita-cita kami dalam ketulusan mencintai Allah& kekasih-Nya , dapat sama-sama sabar dalam segala bentuk ujian-Nya , seterusnya ke syurga-Nya. Allahuma aamiin.

Anak, perjalanan kita masih jauh. bagus ada cita-cita untuk menjadi superhero kebanggan bangsa. Maksu sentiasa mendoakan kejayaan kalian. Kadang ada masa Acu marah. bukan makna benci tapi sebab sayang.... untuk betulkan yang salah. Walaupun maksu bukan ibu kalian, tapi darah yang mengalir dalam badan kalian juga berkait dengan maksu.. rasa sayang itu lebih wahai anakku. Kadang ada masa acu layan kerenah kamu semua. Kadang nak kuih donat. lepastu nak cekodok. mintak mandi kolam dekat laman rumah. Ahhh anak-anak ni banyak mahunya, banyak kerenah. Kadang menyakitkan hati. Kadang menyentuh hati. Kini, 10 orang anak saudara yang pelbagai ragamnya. Bila berkumpul bingit telinga dengar jeritan kalian, pusing kepala tengok ada yang berlari, takut terjatuh dan luka. Nanti menangis aku juga yang di cari. Tapi bila masing-masing sudah meningkat usia, sudah kenal erti malu. masing-masing pulang ke rumah sendiri.. rumah ibuku ini jadi sunyi.

Sungguh, perhentian ini perlu di manfaatkan. Aku masih begini entah bila mahu lebih kukuh dalam perubahan. Ahh lemah sungguh hati ini. Allah bantu aku...

Monolog seorang Fadhila.

Saturday. 19Dec2015.

Comments

Popular posts from this blog

Cintakan ALLAH kekal selamanya :)

Beras Cap SUKA HATI .

Dapat Surat Tawaran Pulak -,-