Friday. 1 January 2016.

Start a new chapter. 

Alhamdulillah. dapat lihat lagi laptop kesayangan ku ini di hadapan mata. beberapa hari kau sakit dan perlu di format. Allahu. pedih hati ni melihat kenangan yang satu persatu aku kumpul sejak engkau bersama aku sekitar 2011 dulu sehingga ke tahun 2015 lenyap. "Lain kali beringat".

Mungkin ni lah titik permulaan 2016, dimana aku harus belajar kehilangan sesuatu yang bermakna dalam hidup ku. sekarang kenangan di laptop. nanti? siapa tahu rahsia Allah. Bertabahlah wahai hati. mungkin cukuplah sekadar kenangan di bingkaikan hanya di dalam hati ini sahaja. 

2015 yang telah meninggalkan kita beberapa jam yang lalu membuatkan aku kembali terkenang-kenangkan pahit manis ujian dan nikmat yang aku lalui.. iya.. macam-macam yang terjadi pada 2015.. segala suka duka yang aku lalui menjadikan ikhtibar pada diri aku.. sungguh banyak air mata aku keluar..ada tawa juga di bibir ini.. jatuh bangun semasa belajar.. masih jauh kah perjalanan aku ni tuhan? adakah aku masih diperlukan pada tahun ini? 2015 dulu apa kah sumbangan aku untuk islam? rasanya macam tak ada. 'Aduh, apa nak jadi ni wahai seorang fadhila?' 

Sungguh, aku tidak suka bercerita masalah ku pada orang. aku tahu masalah ku ini hanya mampu ku luah pada yang Esa, selama mana aku mahu pendam, Dia terlebih dahulu tahu. Aku kuat selama ini berkat dari kekuatan yang Dia salurkan dalam diri ini. Alhamdulillah. terima kasih Allah! Senyuman ibu menemani setiap resah hati ini.. Sentiasa menenangkan anaknya yang keresahan walaupun hati dia yang terluka.. Mak, adik tak tahu macam mana nak survive tanpa ada mak nanti... adik tak sekuat emak bila kehilangan ayah dulu.. emak menangis tetapi mak still kuat.. mak jadi ayah , mak jadi suri rumah , mak masuk persatuan ibu tunggal.. sebab mak tak nak terasa sunyi sangatkan bila anak-anak mak sibuk bekerja, anak mak sibuk belajar? Maaf mak, adik still tak mampu berkata " mak, jom pergi jadi tetamu Allah sama-sama.." , " mak nak pergi mana? adik boleh bawak kan.. " , " mak cakap je mak nak apa.. biar adik belikan" :'( Ya Allah... maafkan aku... 

Iya, aku suka menaip di blog ini... aku suka menaip tentang perasaan aku.. bukan bermaksud aku mahu orang lain tahu apa masalah aku. Tapi inilah cara aku meluahkan apa yang terpendam dalam hati... biarpun tiada siapa yang membacanya..
 
Sungguh ya Allah, semakin hari hati ini makin tak mampu nak hadapi ujian dariMu.. iman yang seakan-akan mahu rapuh. Aku pujuk hati, Allah takkan uji hambaNya yang tak mampu.. Dia takkan uji jika Dia tak sayang.. Tiap-tiap hari pujuk hati supaya istiqomah.. sungguh ya Allah.. istiqomah ini payah, kadang aku tersungkur lagi.. please ya Robb.. always guiding me all time.. untill i die in husnokhatimah.. guide me , guide my lovely family, guide all of us with your love.. Aamiin..

1994 - 2016 : 22th. May Always in Allah Love. 

FH. FRIDAY. 010116. 

Comments

Popular posts from this blog

Cintakan ALLAH kekal selamanya :)

Beras Cap SUKA HATI .

Dapat Surat Tawaran Pulak -,-