Posts

Showing posts from December, 2015

Friday. 1 January 2016.

Image
Start a new chapter. 
Alhamdulillah. dapat lihat lagi laptop kesayangan ku ini di hadapan mata. beberapa hari kau sakit dan perlu di format. Allahu. pedih hati ni melihat kenangan yang satu persatu aku kumpul sejak engkau bersama aku sekitar 2011 dulu sehingga ke tahun 2015 lenyap. "Lain kali beringat".
Mungkin ni lah titik permulaan 2016, dimana aku harus belajar kehilangan sesuatu yang bermakna dalam hidup ku. sekarang kenangan di laptop. nanti? siapa tahu rahsia Allah. Bertabahlah wahai hati. mungkin cukuplah sekadar kenangan di bingkaikan hanya di dalam hati ini sahaja. 
2015 yang telah meninggalkan kita beberapa jam yang lalu membuatkan aku kembali terkenang-kenangkan pahit manis ujian dan nikmat yang aku lalui.. iya.. macam-macam yang terjadi pada 2015.. segala suka duka yang aku lalui menjadikan ikhtibar pada diri aku.. sungguh banyak air mata aku keluar..ada tawa juga di bibir ini.. jatuh bangun semasa belajar.. masih jauh kah perjalanan aku ni tuhan? adakah aku masi…

Perhentian untuk kehidupan kekal.

Image
Apa yang kekal?

kekal ertinya yang abadi untuk selama-lamanya tanpa had masa. kau mengerti?

kenangan tadi menerjah minda. Sewaktu makan malam. Anak saudara aku bertanya.

Arshad : Maksu ! maksu ! apa cita-cita maksu? ( sambil mengunyah sisa makanan yang ada dalam mulutnya)
Amboi selera kanak-kanak seusia itu. aku tersenyum.

Aku: Cita-cita maksu? (tanya aku lagi sekali, dia hanya mengangguk sahaja sambil tersengih.)
 cita-cita maksu nak jadi cikgu masak. - ahhhhh ye ye je lah maksu kamu ni arshad.

Aku tahu cita-cita dia nak jadi ultraman atau bomba. Hhehhee. kanak-kanak dengan dunia fantasi bawaan media semasa. sama macam aku dulu, terlebih tengok cerita kartun dan berangan andaikan aku menjadi seperti itu alangkah indah. Menjadi superheroin. Menjadi kegilaan dan sanjungan manusia.

Tapi...
 sedarlah wahai diri.. semakin meningkat usia, semakin berlalu masa yang makin lama terasa makin pantas berlalu. Tahun demi tahun, bulan demi bulan, minggu demi minggu, jam demi jam, dan saat demi sa…

Tersenyumlah Hati (:

Image
Tersenyumlah hati yang bersedih. 

Saat kita menempuhi onak dunia, derita sekali sekala mencuit hati.
Hati remuk menangis tidak henti, kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati.
Ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi.
Dalam terharu, air mata tertumpah juga. 

Wahai hamba Ilahi, 
Begitulah kehidupan didunia. 
Kita tidak akan sesekali dapat menjangka apa yang Allah aturkan untuk kita.
Adakalanya kita tersangat gembira, adakalanya kita tersangat kecewa..
Namun, jangan risau manusia..
Allah itu tuhan kita, tuhan yang maha Luas kasih sayangnya...
Percayalah.. 
Allah tidak akan menduga hambaNya kecuali untuk melihat hambaNya tersenyum disana, tertawa disana berbahagia disana, In shaa Allah di Syurga..
yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa..
Oh indahnya!! 

Wahai hamba Allah,
Jangan bersedih kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokkan harinya. 

Kesedihan demi kesedihan bakal membuat anda semakin terper…