The Famous Amous.

Assalamualaikum guys.



Kali ini dan ketika ini semua muslim sedang menjalani ibadah puasa dengan penuh ketakwaan. Alhamdulillah kami sekeluarga juga :) Mesti ramai peniaga yang jual kuih raya sedang busy menyiapkan tempahan dan mempromosikan kuih raya masing-masing kan? Ehemm. tapi aku, aku kali ini disebabkan sedang menganggur dan masih available dengan rajinnya tolong mak aku buat kuih raya sikit la. Bolehlah family nak rasa sikit sorang. banyak-banyak maaplah koi tak mampu. Hihihi. Okay so hari semalam aku ada buat cookies yang brnama famous amous. pernah dengar tak? biskut tu sedap sangat pada aku dan aku memang suka sangat-sangat makan time zaman blajar dulu tapi mahaiii. kalau beli kira gram dah brapa harganya. Jadi apa kata aku buat sendiri je kan? jimat dan puas hati :)
Dah jangan buang masa baca entry bosan aku ni lagi ayuuuuh buat cookies sendiri...

Biskut Famous Amous chocolate chip - rujukan resepi dari FB DARI DAPUR UMMU.

bahan-bahan :

1- Gula perang : 1 1/2 cawan
2- Buttercup : 1 cawan (kalau nak guna mentega pun boleh)
3- Minyak masak : 1 cawan (tapi aku juga minyak jagung -.-)
4- Telur ayam : 1 biji (gred A/B sebijik je tapi kalau guna gred C kenalah pakai dua biji ye dak)
5- Fresh milk : 1 sudu besar/tbsp
6- Tepung gandum : 4 cawan (di ayak dulu okay) 
7- Garam : secubit je jangan banyak-banyak termasin pulak biskut nanti. 
8- Cream of tar tar : 1 sudu kecil/tsp ( siapa yg kurang pasti benda alah ni macam mana sila google         dlu ye tak pun nanti tanya orang kedai jual bahan buat kek tu)
9- Baking soda : 1 sudu kecil/tsp 
10- Badam cincang : 1 cawan ( nak guna walnut digalakkan, aku malas so aku beli badam yg dh               dicincang jela hihi)
11- Semisweet chocolate chip : 2 cawan.
12- Essen Vanilla : 1 pnutup dia je.

Cara buat :

Firstly ayakkan dulu bahan yang aku highlight kan tu. Dah siap then biar dulu ketepi.
Kemudian, masukkan gula perang, buttercup, minyak masak, telur, fresh milk dan essen vanilla ke dalam 1 bekas dan pukul hingga bahan tersebut sebati. Aku guna mixer so pasti kan kalau korang guna mixer kelajuannya tu tahap paling slow dan jangan lama-lama okay.
Lepas yang tadi tu settel, masukkan bahan yang di ayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam bahan yg telah dipukul. macam biasa kelajuan slow-slow je k. Lepastu , masukkan badam dan semisweet chocolate chip sambil digaul mesra. biar rata semua badan and chocolate chip tu okay? bereh bahh?

#adunan memang agak lembik. tapi adunan aku semalam taklah berapa lembik kenapa ek? ntahlah.
 sudukan satu sudu kecil di atas dulang pembakar. jangan terlalu rapat, jarak-jarakkan sikit sebab cookies tu mengembang sikit time bakor nanti. dulang takperlu di gris atau sapu mentega.

Bakar dalam suhu 175 c dalam 10 ke 15 minit atau sehingga biskut masak brgantung pada jenis oven.
Setelah cookies tu nampak keperangan, angkat dan sejukkan diatas pinggan sebelum di masukkan kedalam bekas kedap udara. Iyeahh. Siap sudah :)

sepanjang aku buat biskut ni macam-macam lah warna biskut yang aku dapat, ade yang warna pucat that mean tak berapa masaklah, pastu bila dah tak berapa masak, aku pun pergi lah bakor lagi biskut tu dan hasilnya biskut aku hangus sebab.. sebab apa? sebab terlebih pandai. -..- aku learn from mistake takda lagi dah tragedi biskut hangus selepas kejadian itu. The End.

Selamat mencuba, aku punya biskut untuk 1 aduanan dapatlah dalam 2 tupperware besar sikit. *tak campur yang dah hangus tu ye. Kini, anda tidak perlu lagi beli biskut famous amos, sila rajinkan diri buat sendiri okay.

Sesungguhnya syaitan masuk kedlm tubuh bani Adam melalui pembuluh darah. Maka persempitlah pembuluh darahnya dgn lapar & puasa (HR. Bukhari)

Ramadhan1436, 6days.

Loves Allah SWT, Muhammad SAW, Family, MAAR, Friends :)





Comments

Popular posts from this blog

Cintakan ALLAH kekal selamanya :)

Beras Cap SUKA HATI .

Dapat Surat Tawaran Pulak -,-