Tuesday, 12 May 2015

Officially Graduted.

Views


Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku tamat pengajian dalam bidang hospitaliti ni. Sememangnya ujian semasa kita belajar terlalu banyak tapi dengan bantuan Allah yang maha penyayang jugalah kita dapat menempuhinya dengan hati yang tabah. Alhamdulillah, puji-pujian hanya untukNya yang mentadbir langit dan bumi. 
Di saat hati terasa gusar, pedih, sakit hingga tak mampu untuk mengadu pada manusia, percayalah Tuhan selalu ada. Dia Maha mendengar walaupun kita tidak meluahkan masalah kita di bibir, cukupnya di dalam hati Dia pasti mengetahuinya. 
Duhai jasad, jangan lah kamu mintak kehidupan yang mudah , tapi minta lah hati yang tabah untuk ujian yang menghadapinya. 
Terima kasih mak tercinta Hamiah , arwah ayah tersayang Hassan & family, sebab selalu ada untuk adik, mendoakan adik, bagai semangat untuk adik.. in shaa Allah adik akan selalu kuat untuk hidup ini dalam mengejar cinta Ilahi seiring dengan tuntutan menuntut ilmu. Doakan adik ya. Doakan adik agar mendapat kerjaya yang baik agar dapat berbakti kepada mak & family. 
Terima kasih az, shasha, ain, MAAR & kawan-kawan seperjuangan yang turut mendoakan diri ini dan sentiasa memberi semangat. Mudahan Allah merahmati kalian semua. Aamiin. 




TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI BACA YEE :)

No comments:

 
Rainbow Arch Over Clouds