Cinta Jarak Jauh ? -___-

salam .
cinta jarak jauh ? mampu ke hubungan itu bertahan hingga ke garisan penamat hidup ? aceewahh.

cinta jarak jauh terbahagi kepada bla . bla . bla iaitu :
dari awal pasangan tu bercinta memang tak pernah jumpa . contohnya , tersilap tekan nombor telefon then tetiba tangkap cintan lak dengan nombor orang yang ter'silap' tekan uhh kan . pastu , ade jugak yang di kenalkan dari sahabat2 yang memberi nombor telefon kepada saudara mara yang masih single mingle katanya -,-
tak lupa jugak ade sedare mare yang gatal tangan nak adjust sedarenya pada kawan2nya dengan meng PAS - PAS kan nombor , gambar & sebagainya . haihh tak habis2 dengan NYA ?? hohho...
walaupun tak pernah jumpa hati dah terpikat antara satu sama lain . padahal tak tahu asal usul pasangan masing2 . Paling kuat pun hantar2 gambau untuk tengok awek/pakwe ni cantik ke tak . hensem ke tak . ada muka macam Aaron Aziz ke atau macam muka M Daud Kilau kan ? hikhik

okayy , okayy . be more serious =,= .
 ada jugaa yang bercinta sememang berjumpa , dekat sekolah , kat rumah (err.. kat rumah ? ) , kat tempat kerja , tempat sambung belajar dan sebagaiinya lagii. Sampai satu masa terpaksa duduk berjauhan kerna disebabkan perlu sambung belajar berlainan tempat , bertukar tempat kerja , bertukar sekolah or sebagaiinya laa kan .

Persoalannya Mampukah hubungan jarak jauh tu bertahan ? errr.... =.=
mesti dalam kepala asyik pikir . Apa yang dia buat ? Dia keluar dengan sape . Msg dengan sape je selain kita . ehh Betul ke ?

Aku sendiri pun tak lama lagi kena sambung belajar . Maybe tak sama dengan dengan Jantung Hati kesayangan aku tu (MAO) . err.. nak , nak lagi 26/4 ni aku dah kena ikut mak aku pergi Kulai Jaya , Johor . kat rumah abang Ngah akuuu... Bila aku nak balik Bandar Jengka balik ?? haiii alamatnya bila aku dah dapat tawaran sambung belajar laa nampaknyaa.. errmm sedih , memang laa sedih .. mana tak nya dia kat sini aku kat johor ... maybe puasa & raya tahun ni pun dekat Johor jugakk.. Kalau aku dapat masuk Maktabb lagi laa jarang cuti ... 5 tahun kott belajar . Dapat ke dia tunggu aku ? Ya Allah kuatkan hati kami berduaa... Actually aku tak nak pun jadi cikgu or ape2 laa yang melibatkan mengajar orang nii.. eh ? aku bukan kedekut ilmu ehh.. aku just tak berapa reti nak ajar2 orang nii.. ermm.. tapi aku tahu mak & abang2 aku , akak2 aku nak aku ikut jejak arwah ayah jadi cikguu.. ape nak buatt.. biase laa anak bongsuu.. kene ikut cakap orang tua kan . =.=

aku cuba laa.. lau dapat aku pergi lau tak aku masuk U jee laa... -,-
touching lak akuu .

aku sayang gilaa laa family aku & Muhamad Aidil Othman . Kuatkan hatimu sayang :( sedih ni sedihh.

okay ni tips sikit untuk cinta jarak jauhh |
- kita perlu sentiasa mendail nombor hati pasangan kita dan menghubungi mereka selalu .
-usahakan untuk berjumpa walaupun sekejap .
Ya, kalau boleh selagi kudrat masih ada, selagi sihat dan selagi ada wang, usahalah untuk berjumpa dengan pasangan anda yang nun jauh di sana. Dengan berjumpa pasangan anda walaupun seketika akan recharge balik kenikmatan dan keindahan cinta anda berdua.
Rindu…..Jumpa. Rindu….Jumpa. (Berjumpa mengikut batas-batas moral dan agama ya )
-Sentiasa mengingatkan diri agar terus setia pada pasangan .
Kebanyakan hubungan cinta jarak jauh tidak kekal adalah disebabkan rasa ‘insecurity’ pada diri kita sendiri. Kita asyik berfikir “Ah mesti dia ada lelaki/perempuan lain kat sane, sia-sia je aku setia” , ” Betul ke hubungan ni boleh di bawa ke jinjang pelamin nanti? Cari sini lagi best.” dan ______________(isi tempat kosong).
Jadi anda harus menarik semangat kesetiaan di dalam hubungan anda dengan membersihkan diri anda dari sebarang ketakutan dan percaya pada diri anda dan juga pasangan.
-beri kejutan pada pasang anda .

Hubungan yang sudah lama sering bertukar menjadi hubungan yang bosan kerana masing-masing sudah ‘selesa’ dengan perbuatan masing-masing. Kalau dulu bukan main lagi sentiasa senyum dan maintain macho, pakai wangi-wangi, rambut sikat kemas dan macam-macam lagi perkara yang control.
Cara untuk memecah pola hubungan bosan ini adalah untuk meletakkan elemen of surprise iaitu sebarang kejutan yang bermakna kepada pasangan anda. (saya tidak menanggung sebarang kejutan yang membawa padah seperti sakit jantung ya  )
Kejutan yang betul akan memberi pasangan anda perasaan terkejut kegembiraan disamping terharu dengan tindakan anda sekaligus mengukuhkan lagi perasaan cintanya kepada anda.
Ingat, jika anda hendak mengubah situasi hubungan anda, anda harus berani bertindak bukan hanya merancang tanpa sebarang tindakan susulan. Nasib hubungan anda terletak pada keputusan anda.
hehe . aku pun tengah ingatkan pada diri aku sendiri ni . aku sayang hubungan kami . aku tahu dia pun macam tuu.. errh.. seram pulak memikirkan ujian yang akan mendatang . be strong dhyla!
Jika pasangan kau di rampas orang lain, tak perlu balas dendam tetapi biarkan dia pergi, kerana pasangan yang baik tidak mudah di rampas oleh orang lain kecuali dia yang MEMBENARKAN. -kata2 ni aku pegangan sampai bila2 . yup . dhyla akan ingat kata2 ni . harap mao pun ingat yee :)
ehh tip cinta tadi sumber pencarian kat | seni cinta . bai bai ~

Comments

teha said…
cnta jrk kauh nie mmg ssh sikit.. kena bnyk brsbr.. hehe :)
yup.. tepat sekali teha...hehe . naseb baik saya ni cinta jarak dekat.. tapi bakal jauh sikit nanti coz masing2 nak belajar ntah kat mana2kann :(
Tyra Faiera said…
dhyla!!!bnda nih la yg ainun plg tkt kowt lbih2 ag si AFHK tuh nk apply overseas. mcm mana sy nnt kt sini awk??mdik sana 7 tahun plg lama kowt. puas la sy nk kna tggu.
err..ainun ... overseas tuu.. lagi laa jauhh.. 7 tahun bukan mase yang singkat kan . sabar yee ainun .. sama2 la kita pegang kata2 ni |
Jika pasangan kau di rampas orang lain, tak perlu balas dendam tetapi biarkan dia pergi, kerana pasangan yang baik tidak mudah di rampas oleh orang lain kecuali dia yang MEMBENARKAN. betul tak ainun .. urmm kita kena kuatt lalingg .
~mmg susah n kena kuat..banyak sangat dugaan..
tpi yg penting sling percaya..insyaAllah kalau jodoh kita jauh mana pun kita akan tetap bersama

p/s:sdg alami cinta jrak jauh :)
ermm... dhyla pulak bakal mengalami :(
betul tuu blueicebutterfly .. kena kuat dan saling mempercayaii.. haihh.. nak2 plak dhyla ni jenis kuat jeles nya =,= ..

harap2 awak tabah mengalami dan berbahagia selalu bersama yang tersayang okay :)Amiin .
~InsyaAllah..semoga awk mampu n terus berbahagia jgk :)
Amiin Ya Robbal Alamiin :) thankyouu .

Popular posts from this blog

Cintakan ALLAH kekal selamanya :)

Beras Cap SUKA HATI .

Dapat Surat Tawaran Pulak -,-