Friday, 14 April 2017

Kembali.

Views
Assalamualaikum dan hai.

Lama gila tak menaip kat blog ni. Ya, dah lama tinggal kan awak. Sorry.

Aku busy dengan kehidupan sabagai pelajar sepenuh masa, tapi jangan risau still ada masa untuk melaghakan diri jugak. Manusia mana yang 24 jam berkerja betul tak?

Okay nak start dari mana eh? aku cuma ada 5 minit je untuk update blog ni. kahkah.

Hari ni aku dah rasa jauh sangat dah aku move on. busykan diri dengan kerja-kerja yang ada,  kadang teringat jugak kisah lama, tapi cepat-cepat aku cuba lupakan. tapi... makin paksa diri untuk melupakan, makin teringat pulak. HAHAHAHAHHA. aduhai dhila oii. apa kau ni.

"Kita tidak pernah belajar untuk melupakan seseorang dan kenangan manis tentangnya.
Kita hanya mampu belajar membiasakan diri untuk hidup tanpanya.
Menerima, bahawa mungkin yang terbaik adalah merelakan, bukan memaksa diri untuk melupakan.."
Actuallykan bila aku ingat statement ini aku rasa takperlu pun aku paksa diri untuk lupa kenangan tu.. one day semua ni akan luput juga dengan kebahagiaan baru yang bakal  Allah kurniakan untuk aku. cuma aku kena sabar je. Nak sesal pun tak guna. Remember, there is nothing to regrets. Everything from Allah is wisdom.

Doakan yang baik-baik untuk diri sendiri dan dia yang pernah datang singgah di hati adalah yang terbaik aku rasa. takperlu bersedih hati lagi mahupun berdendam. it not worth it. Let it go and move on sayang ku hati. you will be fine and feel better than before.

Kini aku kembali pada yang satu, yang takpernah tinggal aku since aku lahir lagi ataupun lebih tepat dari azali. Allahu ahad. Dia yang satu, yang setia menemani tanpa aku nampak kehadiranNya. Alhamdulillah ya Allah. terima kasih kurniakan aku seorang ibu yang kuat dan selalu bagi sumber semangat even aku tahu dia pun kecewa dengan apa yang dah jadi, terima kasih untuk sebuah keluarga besar yang penyayang. terima kasih hadirkan aku sahabat yang baik yang mendorong aku untuk menapak ke baik dan bukan mengundur ke jahat. Alhamdulillah alhamdulillah. i'm feel better than before. Tiada pilihan lain lagi selain kuat dan move on. Fokus pada keluarga & study je dulu okay. than kerjaya. Jodoh nanti akan datang. Ingat sentiasa... rezeki, ajal, jodoh itu rahsia Dia.. keep calm and study on, setahun setengah je lagi dhila oii, sabaq sat naa. (:

0201am. 15 April 2017.


TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI BACA YEE :)

Thursday, 4 August 2016

Gamma1 - Jomblo Happy Lirik

Views




Sedikit pun ku tak merasa malu
Tanpa ada kekasih di hatiku
Bukan berarti ku tak punya rasa
Untuk menjalin cinta

Ku tak pernah merasa kesepian
Atau mengangap sebuah cobaan
Hidup ku ini penuh dengan cinta
Dan ku sangat bahagia

Jomblo happy
Memang pilihan hati
Bukan karna tak mampu
Untuk cari kekasih

Jomblo happy
Memang pilihan hati
Biar ku bisa bebas
Terbang kesana sini

Aku masih ingin terbang ke bulan
Dan memeluk semua bintang-bintang
Aku masih ingin terus berjalan
Tanpa ada ikatan

Tak kan ku biarkan rasa kecewa
Membuat ku diam dan tak bersuara
Ku yakin di suatu saat nanti
Ada cinta abadi

Jomblo happy
Memang pilihan hati
Bukan karna tak mampu
Untuk cari kekasih

Jomblo happy
Memang pilihan hati
Biar ku bisa bebas
Terbang kesana sini

Jomblo happy
Memang pilihan hati
Bukan karna tak mampu
Untuk cari kekasih

Jomblo happy
Memang pilihan hati
Biar ku bisa bebas
Terbang kesana sini

Jomblo happy
Memang pilihan hati
Bukan karna tak mampu
Untuk cari kekasih

Jomblo happy
Memang pilihan hati
Biar ku bisa bebas
Terbang kesana sini
Jomblo happy :) 


TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI BACA YEE :)

Tuesday, 2 February 2016

Perjuangan & Pergorbanan.

Views

sedar tak sedar masa pantas berlalu dan aku dah sembilan bulan duk teman mak aku. Sangat best dan masa yang ada rasa cepat sangat. 15/1 hari itu aku di kejutkan dengan tawaran sambung belajar di UTHM bidang pendidikan vokasional katering. Terkedu. Alhamdulillah dalam hati tak tahu nak menangis atau nak apa. Syukur pada Allah atas peluang ini. Macam tak percaya. mampukah aku jadi setabah arwah ayah ku mengajar & memberi ilmu tanpa jemu pada anak muridnya. waduh. macam-macam dalam fikiran. Terima kasih mak & keluarga sentiasa memberi bantuan kewangan & sokongan pada diri ini. Doa & semangat dari kalian amat aku perlukan. Aku tahu culture diploma lain dari time degree, bukan di suap-suap lagi, bukan di manja-manja kan lagi. Oh Allah! tabahkan aku untuk perjuangan ini. semoga segala pengorbanan mak & keluarga terbalas jua suatu hari nanti.
Wahai hati, semoga engkau terus tabah & kuat dengan dugaan yang mendatang, itu semua hadiah dari Allah tanda Dia pedulikan kamu wahai hati. Fighting.



Hey little fighter, soon it will be brighter. keep fighting!

FH. February2016.


TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI BACA YEE :)

Thursday, 31 December 2015

Friday. 1 January 2016.

Views
Start a new chapter. 

Alhamdulillah. dapat lihat lagi laptop kesayangan ku ini di hadapan mata. beberapa hari kau sakit dan perlu di format. Allahu. pedih hati ni melihat kenangan yang satu persatu aku kumpul sejak engkau bersama aku sekitar 2011 dulu sehingga ke tahun 2015 lenyap. "Lain kali beringat".

Mungkin ni lah titik permulaan 2016, dimana aku harus belajar kehilangan sesuatu yang bermakna dalam hidup ku. sekarang kenangan di laptop. nanti? siapa tahu rahsia Allah. Bertabahlah wahai hati. mungkin cukuplah sekadar kenangan di bingkaikan hanya di dalam hati ini sahaja. 

2015 yang telah meninggalkan kita beberapa jam yang lalu membuatkan aku kembali terkenang-kenangkan pahit manis ujian dan nikmat yang aku lalui.. iya.. macam-macam yang terjadi pada 2015.. segala suka duka yang aku lalui menjadikan ikhtibar pada diri aku.. sungguh banyak air mata aku keluar..ada tawa juga di bibir ini.. jatuh bangun semasa belajar.. masih jauh kah perjalanan aku ni tuhan? adakah aku masih diperlukan pada tahun ini? 2015 dulu apa kah sumbangan aku untuk islam? rasanya macam tak ada. 'Aduh, apa nak jadi ni wahai seorang fadhila?' 

Sungguh, aku tidak suka bercerita masalah ku pada orang. aku tahu masalah ku ini hanya mampu ku luah pada yang Esa, selama mana aku mahu pendam, Dia terlebih dahulu tahu. Aku kuat selama ini berkat dari kekuatan yang Dia salurkan dalam diri ini. Alhamdulillah. terima kasih Allah! Senyuman ibu menemani setiap resah hati ini.. Sentiasa menenangkan anaknya yang keresahan walaupun hati dia yang terluka.. Mak, adik tak tahu macam mana nak survive tanpa ada mak nanti... adik tak sekuat emak bila kehilangan ayah dulu.. emak menangis tetapi mak still kuat.. mak jadi ayah , mak jadi suri rumah , mak masuk persatuan ibu tunggal.. sebab mak tak nak terasa sunyi sangatkan bila anak-anak mak sibuk bekerja, anak mak sibuk belajar? Maaf mak, adik still tak mampu berkata " mak, jom pergi jadi tetamu Allah sama-sama.." , " mak nak pergi mana? adik boleh bawak kan.. " , " mak cakap je mak nak apa.. biar adik belikan" :'( Ya Allah... maafkan aku... 

Iya, aku suka menaip di blog ini... aku suka menaip tentang perasaan aku.. bukan bermaksud aku mahu orang lain tahu apa masalah aku. Tapi inilah cara aku meluahkan apa yang terpendam dalam hati... biarpun tiada siapa yang membacanya..
 
Sungguh ya Allah, semakin hari hati ini makin tak mampu nak hadapi ujian dariMu.. iman yang seakan-akan mahu rapuh. Aku pujuk hati, Allah takkan uji hambaNya yang tak mampu.. Dia takkan uji jika Dia tak sayang.. Tiap-tiap hari pujuk hati supaya istiqomah.. sungguh ya Allah.. istiqomah ini payah, kadang aku tersungkur lagi.. please ya Robb.. always guiding me all time.. untill i die in husnokhatimah.. guide me , guide my lovely family, guide all of us with your love.. Aamiin..

1994 - 2016 : 22th. May Always in Allah Love. 

FH. FRIDAY. 010116. 


TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI BACA YEE :)

Friday, 18 December 2015

Perhentian untuk kehidupan kekal.

Views


Apa yang kekal?

kekal ertinya yang abadi untuk selama-lamanya tanpa had masa. kau mengerti?

kenangan tadi menerjah minda. Sewaktu makan malam. Anak saudara aku bertanya.

Arshad : Maksu ! maksu ! apa cita-cita maksu? ( sambil mengunyah sisa makanan yang ada dalam mulutnya)
Amboi selera kanak-kanak seusia itu. aku tersenyum.

Aku: Cita-cita maksu? (tanya aku lagi sekali, dia hanya mengangguk sahaja sambil tersengih.)
 cita-cita maksu nak jadi cikgu masak. - ahhhhh ye ye je lah maksu kamu ni arshad.

Aku tahu cita-cita dia nak jadi ultraman atau bomba. Hhehhee. kanak-kanak dengan dunia fantasi bawaan media semasa. sama macam aku dulu, terlebih tengok cerita kartun dan berangan andaikan aku menjadi seperti itu alangkah indah. Menjadi superheroin. Menjadi kegilaan dan sanjungan manusia.

Tapi...
 sedarlah wahai diri.. semakin meningkat usia, semakin berlalu masa yang makin lama terasa makin pantas berlalu. Tahun demi tahun, bulan demi bulan, minggu demi minggu, jam demi jam, dan saat demi saat.. Ya Allah, pantasnya masa berlalu.. bagaikan terkenang zaman kecilku. Ahhh indahnya, tanpa masalah yang membebankan benak ini, tanpa musuh yang sentiasa iri hati, tanpa ada duka di hati, tanpa memikirkan kos hidup yang seakan mejerat diri. Cita-cita ku dulu nak jadi seorang doktor. Hakikatnya aku tak layak untuk merawat ribuaan manusia yang luka. Aku pernah berhajat untuk menjadi tentera seperti kakak ku, tapi hakikatnya aku tak layak untuk menjaga segala kotaraya. Makin bertambah angka usia aku sedar, cita-cita semua umat manusia yang seagama dengan aku adalah untuk ke SYURGA, untuk bersama-sama berpimpin tangan dengan kaum kerabat, saudara dan yang tersayang ke tempat termahal itu. Itu cita-cita sebenar kita wahai anakku........

Kehidupan dunia ini ibarat perhentian yang lama untuk ke destinasi sebenar kita, samaada jalan yang baik atau sebaliknya itu kita yang pilih. Kita yang susun atur perjalanan itu. Perjalanan yang memerlukan pandu arah dari Allah dan surat-surat cinta-Nya dari al-Quran serta sunnah dari kekasih-Nya. Aduh aduhh.. aku akui aku selalu lemah dan tersungkur dalam perjalanan ini kerana perhentian ini entah bila akan berakhir, apa kesudahan jalan cerita aku. Adakah baik? adakah aibku di jaga? Jika teringatkan dosa-dosa kelam lalu. Aduhai. adakah Allah masih sayangkan aku? Adakah kekasih aku itu masih mengampunkan kecurangan aku!!! aku curang memikirkan hal-hal duniawi. aku lupakan Dia. aku lebih mencintai manusia yang dapatku lihat rupanya melebih Dia yang tidak ku tahu bagaimana keadaannya. Ampuni aku. Aku masih lemah. Terasa ingat berubah tetapi kadangkala langkah ku tersasar lagi.

Aku sedar. Ada masa bila di uji akan rasa yang sangat-sangat payah di mengerti, iaitu " SABAR DALAM BERSABAR". Ya, payah. sabar itu indah namun payah. Bagaimana bibir mampu tersenyum tika hati gundah. Bagaimana mahu kelihatan tabah sedangkan diri sedang hiba. Bagaimana mahu sorokkan kemarahan ketika amarah sedang bermaharajalela dalam diri. Bagaimana mahu buang sikap negative yang bersarang sedangkan perkataan "MALAS" tersemat di fikiran? Bagaimana??? aku sedar segala pertanyaan itu berbalik pada kehendak diri sendiri. samaada kau  NAK atau TAK. samaada kau pilih RAJIN atau MALAS. samaada kau PAKSA diri kau atau MANJA kan diri kau. akuu?? aku masih cuba bertahan dengan segala kehendak aku. kadang tersasar, kadang aku paksa diri  , kadang aku malas , ya Allah lebih tahu. Maka aku mohon moga Allah tuntun langkah aku , keluarga, kesayangan dan seluruh umat islam seupaya tidak tersasar dari landasan agar kami dapat mengejar cita-cita kami dalam ketulusan mencintai Allah& kekasih-Nya , dapat sama-sama sabar dalam segala bentuk ujian-Nya , seterusnya ke syurga-Nya. Allahuma aamiin.

Anak, perjalanan kita masih jauh. bagus ada cita-cita untuk menjadi superhero kebanggan bangsa. Maksu sentiasa mendoakan kejayaan kalian. Kadang ada masa Acu marah. bukan makna benci tapi sebab sayang.... untuk betulkan yang salah. Walaupun maksu bukan ibu kalian, tapi darah yang mengalir dalam badan kalian juga berkait dengan maksu.. rasa sayang itu lebih wahai anakku. Kadang ada masa acu layan kerenah kamu semua. Kadang nak kuih donat. lepastu nak cekodok. mintak mandi kolam dekat laman rumah. Ahhh anak-anak ni banyak mahunya, banyak kerenah. Kadang menyakitkan hati. Kadang menyentuh hati. Kini, 10 orang anak saudara yang pelbagai ragamnya. Bila berkumpul bingit telinga dengar jeritan kalian, pusing kepala tengok ada yang berlari, takut terjatuh dan luka. Nanti menangis aku juga yang di cari. Tapi bila masing-masing sudah meningkat usia, sudah kenal erti malu. masing-masing pulang ke rumah sendiri.. rumah ibuku ini jadi sunyi.

Sungguh, perhentian ini perlu di manfaatkan. Aku masih begini entah bila mahu lebih kukuh dalam perubahan. Ahh lemah sungguh hati ini. Allah bantu aku...

Monolog seorang Fadhila.

Saturday. 19Dec2015.


TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI BACA YEE :)

Wednesday, 2 December 2015

Tersenyumlah Hati (:

Views


Tersenyumlah hati yang bersedih. 

Saat kita menempuhi onak dunia, derita sekali sekala mencuit hati.
Hati remuk menangis tidak henti, kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati.
Ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi.
Dalam terharu, air mata tertumpah juga. 

Wahai hamba Ilahi, 
Begitulah kehidupan didunia. 
Kita tidak akan sesekali dapat menjangka apa yang Allah aturkan untuk kita.
Adakalanya kita tersangat gembira, adakalanya kita tersangat kecewa..
Namun, jangan risau manusia..
Allah itu tuhan kita, tuhan yang maha Luas kasih sayangnya...
Percayalah.. 
Allah tidak akan menduga hambaNya kecuali untuk melihat hambaNya tersenyum disana, tertawa disana berbahagia disana, In shaa Allah di Syurga..
yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa..
Oh indahnya!! 

Wahai hamba Allah,
Jangan bersedih kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokkan harinya. 

Kesedihan demi kesedihan bakal membuat anda semakin terperuk dalam keputusasaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna. 
Padahal dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah, untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta bebas daripada rasa kesedihan. 

Gara-gara kesedihan, air manis akan terasa pahit, makanan yang lazat terasa hambar,
bunga mawar yang mewangi kembali layu.
Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir-butir air mata mengalir hangat dipipi lantaran terasa diti kita begitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya diri kita di sisi Allah. 

Wahai hamba Allah,
Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirian sepanjang hidup dan usiamu, jangan mudah berputus asa. 
Senyuman yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan.. simpan.. jadikan tauladan.
Segala yang kau pandang dan dengar.. simpan.. buat pedoman. :) 

"Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT"

sumber : https://www.youtube.com/watch?v=zQS22sd3axw. 

thur' 3december2015. FH. 


TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI BACA YEE :)

Sunday, 29 November 2015

I promise Emak. Ayah. Family.

Views


I promise anytime u call me
It don’t matter where I am 
I’ll always be there, like you’ve been there 
If u need me closer, I’ll be right over 
I swear, I swear 
Every time that I need u by my side 
Every time I lose my way in life 
You’re my circle of life, compass and guide 
There behind me 
And one day when the tables finally turn 
And it’s me you’re dependin’ on 
I’ll put u first, hold u close 
Like u taught me 
Know that I’ll be there for u, for u


I promise anytime u call me 
It don’t matter where I am 
I’ll always be there, like you’ve been there 
If u need me closer, 
I’ll be right over 
I swear, I swear 
I promise anytime u call me 
It don’t matter where I am 
I’ll always care for u, go anywhere for u 
If u need me closer, 
I’ll be right over I swear.


There are days when I just don’t want to talk 
And ur feelings hit a wall 
But that won’t change 
The love you’ve raised inside this family 
Everythin’ that I do is to make u proud 
I just want to say it, and say it loud 
You’re my heat when I’m cold 
The place I call home, and always will be 
Know that I’ll be there for u, for u

Havin’ someone to go to 
Havin’ someone to love 
Havin’ both is a blessin’ 
That was sent from above, 
I know that wherever 
I’ll go You’ll be forever in my heart

Read More: http://www.lyricshot.net/harris-j-i-promise-lyrics.html.


TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI BACA YEE :)

 
Rainbow Arch Over Clouds